KELAS PENGAJIAN KAFA & SRA (setiap hari persekolahan). Masa pengajian 2.15 - 5.15 ptg. Terbuka kanak-kanak 7- 12 thn. Diadakan ujian semester dan UPKK. PENGAJIAN AL QURAN PETANG (KPA PETANG). Masa pengajian 5.15 - 6.15 ptg. Terbuka kanak-kanak 6 thn ke atas. PENGAJIAN AL-QURAN & FARDHU AIN (KPA MALAM). Masa jam 8.00 - 9.30 mlm. Terbuka kanak-kanak 6 thn ke atas. Transit Pelajar KAFA Masa Tengahari. Telefon : 012 2017471 (Ustz Rosmaini) 013 2242535 (Ustz Dayang) /013 3850 268 Hj Nawa)
Monday, 25 November 2013
PROGRAM ANAK SOLEH, MOTIVASI DAN KHEMAH IBADAH MUSIM CUTI SEKOLAH
JANGAN BIARKAN CUTI SEKOLAH ANAK ANDA BERLALU TANPA BERFAEDAH
Objektif Program
Program di adakan untuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas bagi memahami dan menghayati kepentingan solat, beradaban Islam dan menanam semangat cintakan Al-Quran ( membudayakan Al-Quran), kasih sayang terhadap kedua ibubapa serta keyakinan diri di kalangan pelajar seterusnya merangsangkan pembangunan insan yang rabbani.
Modul Program
Modul program adalah berbentuk berkumpulan ( membaca Al-Quran & hafazan surah, sembahyang berjemaah), ujian kefahaman, mendengar taklimat & syarahan dari tenaga pengajar Fathul Furqan dan pensyarah jemputan (Al-Hafiz).
Tempoh program
Bermula dari Jam 8pagi hingga 5 petang (selama 5 Hari).
Susunan Program
Hari 1-
Mendengar taklimat, motivasi keyakinan diri dan pembentukan anak soleh serta sembahyang berjemaah. Pengenalan diri setiap peserta/pelajar.
Hari 2- Hafazan, syarahan ketamadunan Islam (sejarah Islam), latihan berkumpulan dan
solat berjemaah. Syarahan bagaimana konsep untuk mencintai solat dan Al-Quran
Hari 3- Latihan bekumpulan, syarahan konsep beradaban Islam dan kaedah menjadi insan yangsoleh. Hafazan dan sembahyang berjemaah termasuk wirid
Hari 4- Memberi syarahan ketika manusia menghadapi nazak, teladan mereka yang mengingkari perintah allah dan menderhaki kedua ibubapa, keberkatan solat dan fitrahnya
Hari 5- Memberi syarahan solat-solat sunat di dalam Islam, doa-doa yang digalakan dan pengetahuan solat jenazah. Ujian intensif terhadap amali solat dan bertulis
Untuk membantu pelaksanaan modul di atas , buku tulis,ABM , VCD dan Slide akan digunakan.
Bayaran - RM80.00 termasuk makan (pagi & tengahari) dan mimum petang
Tempat Program : Di KAFA Fathul Furqan PUTRAJAYA Dan KAFAI Fathul Furqan, Puchong.
Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 012 2017471, 019 333 9071, 019 3339073 (Ustazah Rosmaini Hj Jusoh- Pengetua)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment